21 July 2012

Arjuna Durjana

Bila ada wanita yang berusaha 
Mengumpul wang dan harta 
Kamu jeling dan gelar dia 
Perempuan gila harta. 

Bila ada wanita yang kecewa duka 
Mengenang cinta lara arjuna 
Kamu ketawa dan gelar dia 
Perempuan gila cinta. 

Lupakah kamu arjuna 
Kamu yang gunakan cinta dia 
Untuk mencari harta dunia 
Tapi kamu tertawakan dia 
Seperti perempuan tiada harga 

Butakah kamu arjuna 
Sedang kamu gembira ketawa 
Melihat dia sengsara terluka 
kamu tidak sedar hanya dia 
Yang sanggup korbankan segalanya 

Kamu leka dengan harta dunia 
Dan terus bahagia dalam dosa 
Teruskan lakonanmu arjuna 
lukakan hati wanita setia 
Ingatlah, tidak dibalas di dunia 
Di akhirat nanti terbalas juga. 

I hate you. 


*credit to Rabbiatul Najua Rosman. saya salute anda ;)

10 July 2012

duhai pemilik tulang rusuk kiri

Pemilik tulang rusuk kiri,

semoga kita sempat bertemu,
doaku, semoga kau akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

9 July 2012

Selalu saya pesan pada diri sendiri
Susah mencari kesempurnaan
kerana tiada yang sempurna.
Tiada.

bila manusia bercerita tentang kekurangan org lain
saya beringat . manusia tidak sempurna
tapi ciptaan Tuhan itu tidak sia-sia.
Allah, aku bersyukur dengan apa yang ada
semoga manusia sekeliling ku bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Bukan tugas kita menilai orang.
Bukan.

Dia pemilik hati

Wahai Tuhan pemilik hati,
hanya Engkau maha mengetahui isi hati hambamu ini.
Tetapkan lah hatiku di jalan yang diredhai oleh mu , Ya Allah
Tabahkan lah hatiku dalam apa jua keadaan.
Kurniakanlah hamba mu ini kekuatan hati supaya tidak mudah marah.
Seungguhnya marah itu sifat syaitan yang nyata.
Lindungilah hamba mu ini agar terus berada di sirratul mustaqim.
Amin ...

8 July 2012

isteri

isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata penawar hati
penajam fikiran
di rumah dia isteri
di jalanan kawan
di waktu kita buntu dia penunjuk jalan


3 July 2012

Berkira

Jangan berkira sangat. tak kemana pon hidup kalau berkira

Ikhlas

niat aku baik. tak perlu tunjuk . biar aku dan Allah sahaja yang tahu. tolong jangan salah erti. ulang. tolong jangan salah erti. aku jauh dari kesempurnaan. maafkan aku. i love you friends.