17 October 2012

Weakness. Bahasa Melayu nya "Kelemahan"

"owg tak suka", "owg tak minat", "owg cerewet"

Bila dia cakap je ayat ni, aku akan DIAM. tak balas apa2.
Itulah kelemahan aku.
Tak berani nak balas pape.

15 October 2012

Kenangan terindah




Gambar-gambar ini adalah sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup. Nak tau kenapa? Sebab saat itu aku belajar satu benda baru. Ini adalah pengalaman baru. Memang xde lah dalam kamus hidup cita-cita nk jadi model. "Model la sangatttt" haha.
Aku rasa benda ni dah berakhir. Dah xde ruang untuk aku expose kn diri dalam bidang ni. Teringin tu mmg la. Lagi2 dapat sokongan mak ayah kan. Tapi.. ada satu benda menghalang aku dari teruskan langkah aku dalam bidang nih. Banyak kot dapat offer. Model tudung la kebanyakannya. Tapi aku tolak. TAK TAHU KENAPA AKU TOLAK !!! *mungkin ada satu sebab tu yg tak perlu aku jelaskan disini. 
By the way, terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku belajar benda baru, jumpa orang2 baru, dan orang itu :) 
Hairi, Abg Azmil and Kak Ema . Thanks a lot. Tak tahu lagi bila kita nk keluar lagi especially utk shoot yg cmnih. Rasenye dah xde dah kot nk kuar photoshoot2 nih. *Adela sebab nye :)

K bye. Assalamualaikum 

16 September 2012

Pesanan.

Aku ingin berkata sesuatu kepadamu.
Hormatilah ibumu selagi mana dia masih berpijak di bumi ini.
Sayangilah dia kerana dia yang telah melahirkanmu dan menjagamu.
Ingatlah pesanan nya selagi mana tidak bertentang dengan syarak.
Ikutlah suruhannya kerana kau wajib melakukan itu.
Kalau ibumu tidak suka,
Tinggalkanlah diriku untuk dia kerana aku sangat merelakan.
Apalah erti cinta jika kau tidak mengikuti suruhan ibummu.
Aku rela.
Tinggalkan aku.
Kalau ibumu tidak suka kepadaku, pilihlah ikut kehendak ibumu. Assalamualaikum

7 August 2012

Keliru

Ya Allah .. aku keliru dengan perasaan ini.
Keluarkan lah aku dari tersepit begini.
Semoga aku tidak pilih yang salah. Amin :(

21 July 2012

Arjuna Durjana

Bila ada wanita yang berusaha 
Mengumpul wang dan harta 
Kamu jeling dan gelar dia 
Perempuan gila harta. 

Bila ada wanita yang kecewa duka 
Mengenang cinta lara arjuna 
Kamu ketawa dan gelar dia 
Perempuan gila cinta. 

Lupakah kamu arjuna 
Kamu yang gunakan cinta dia 
Untuk mencari harta dunia 
Tapi kamu tertawakan dia 
Seperti perempuan tiada harga 

Butakah kamu arjuna 
Sedang kamu gembira ketawa 
Melihat dia sengsara terluka 
kamu tidak sedar hanya dia 
Yang sanggup korbankan segalanya 

Kamu leka dengan harta dunia 
Dan terus bahagia dalam dosa 
Teruskan lakonanmu arjuna 
lukakan hati wanita setia 
Ingatlah, tidak dibalas di dunia 
Di akhirat nanti terbalas juga. 

I hate you. 


*credit to Rabbiatul Najua Rosman. saya salute anda ;)

10 July 2012

duhai pemilik tulang rusuk kiri

Pemilik tulang rusuk kiri,

semoga kita sempat bertemu,
doaku, semoga kau akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

9 July 2012

Selalu saya pesan pada diri sendiri
Susah mencari kesempurnaan
kerana tiada yang sempurna.
Tiada.

bila manusia bercerita tentang kekurangan org lain
saya beringat . manusia tidak sempurna
tapi ciptaan Tuhan itu tidak sia-sia.
Allah, aku bersyukur dengan apa yang ada
semoga manusia sekeliling ku bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Bukan tugas kita menilai orang.
Bukan.