17 October 2012

Weakness. Bahasa Melayu nya "Kelemahan"

"owg tak suka", "owg tak minat", "owg cerewet"

Bila dia cakap je ayat ni, aku akan DIAM. tak balas apa2.
Itulah kelemahan aku.
Tak berani nak balas pape.

15 October 2012

Kenangan terindah




Gambar-gambar ini adalah sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup. Nak tau kenapa? Sebab saat itu aku belajar satu benda baru. Ini adalah pengalaman baru. Memang xde lah dalam kamus hidup cita-cita nk jadi model. "Model la sangatttt" haha.
Aku rasa benda ni dah berakhir. Dah xde ruang untuk aku expose kn diri dalam bidang ni. Teringin tu mmg la. Lagi2 dapat sokongan mak ayah kan. Tapi.. ada satu benda menghalang aku dari teruskan langkah aku dalam bidang nih. Banyak kot dapat offer. Model tudung la kebanyakannya. Tapi aku tolak. TAK TAHU KENAPA AKU TOLAK !!! *mungkin ada satu sebab tu yg tak perlu aku jelaskan disini. 
By the way, terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku belajar benda baru, jumpa orang2 baru, dan orang itu :) 
Hairi, Abg Azmil and Kak Ema . Thanks a lot. Tak tahu lagi bila kita nk keluar lagi especially utk shoot yg cmnih. Rasenye dah xde dah kot nk kuar photoshoot2 nih. *Adela sebab nye :)

K bye. Assalamualaikum 

16 September 2012

Pesanan.

Aku ingin berkata sesuatu kepadamu.
Hormatilah ibumu selagi mana dia masih berpijak di bumi ini.
Sayangilah dia kerana dia yang telah melahirkanmu dan menjagamu.
Ingatlah pesanan nya selagi mana tidak bertentang dengan syarak.
Ikutlah suruhannya kerana kau wajib melakukan itu.
Kalau ibumu tidak suka,
Tinggalkanlah diriku untuk dia kerana aku sangat merelakan.
Apalah erti cinta jika kau tidak mengikuti suruhan ibummu.
Aku rela.
Tinggalkan aku.
Kalau ibumu tidak suka kepadaku, pilihlah ikut kehendak ibumu. Assalamualaikum

7 August 2012

Keliru

Ya Allah .. aku keliru dengan perasaan ini.
Keluarkan lah aku dari tersepit begini.
Semoga aku tidak pilih yang salah. Amin :(

21 July 2012

Arjuna Durjana

Bila ada wanita yang berusaha 
Mengumpul wang dan harta 
Kamu jeling dan gelar dia 
Perempuan gila harta. 

Bila ada wanita yang kecewa duka 
Mengenang cinta lara arjuna 
Kamu ketawa dan gelar dia 
Perempuan gila cinta. 

Lupakah kamu arjuna 
Kamu yang gunakan cinta dia 
Untuk mencari harta dunia 
Tapi kamu tertawakan dia 
Seperti perempuan tiada harga 

Butakah kamu arjuna 
Sedang kamu gembira ketawa 
Melihat dia sengsara terluka 
kamu tidak sedar hanya dia 
Yang sanggup korbankan segalanya 

Kamu leka dengan harta dunia 
Dan terus bahagia dalam dosa 
Teruskan lakonanmu arjuna 
lukakan hati wanita setia 
Ingatlah, tidak dibalas di dunia 
Di akhirat nanti terbalas juga. 

I hate you. 


*credit to Rabbiatul Najua Rosman. saya salute anda ;)

10 July 2012

duhai pemilik tulang rusuk kiri

Pemilik tulang rusuk kiri,

semoga kita sempat bertemu,
doaku, semoga kau akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

9 July 2012

Selalu saya pesan pada diri sendiri
Susah mencari kesempurnaan
kerana tiada yang sempurna.
Tiada.

bila manusia bercerita tentang kekurangan org lain
saya beringat . manusia tidak sempurna
tapi ciptaan Tuhan itu tidak sia-sia.
Allah, aku bersyukur dengan apa yang ada
semoga manusia sekeliling ku bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Bukan tugas kita menilai orang.
Bukan.

Dia pemilik hati

Wahai Tuhan pemilik hati,
hanya Engkau maha mengetahui isi hati hambamu ini.
Tetapkan lah hatiku di jalan yang diredhai oleh mu , Ya Allah
Tabahkan lah hatiku dalam apa jua keadaan.
Kurniakanlah hamba mu ini kekuatan hati supaya tidak mudah marah.
Seungguhnya marah itu sifat syaitan yang nyata.
Lindungilah hamba mu ini agar terus berada di sirratul mustaqim.
Amin ...

8 July 2012

isteri

isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata penawar hati
penajam fikiran
di rumah dia isteri
di jalanan kawan
di waktu kita buntu dia penunjuk jalan


3 July 2012

Berkira

Jangan berkira sangat. tak kemana pon hidup kalau berkira

Ikhlas

niat aku baik. tak perlu tunjuk . biar aku dan Allah sahaja yang tahu. tolong jangan salah erti. ulang. tolong jangan salah erti. aku jauh dari kesempurnaan. maafkan aku. i love you friends.

12 June 2012

sabar

sabar. bercinta perlu kesabaran. 
jangan bercinta kalau tak mampu nk sabar.
*chillax ! 

11 June 2012

hikmah

ade hikmah orang tinggalkan kita sebab Allah nk gantikan lebih baik dr itu . sekarang aku bersyukur . Alhamdulillah Tuhan . 
Kau Maha Mengetahui isi hati.
 I love u Allah

17 May 2012

cicak

cicak ?
kenapa takut cicak ? lelaki pon takut cicak ? haha
kesian cicak . kau mulia
ciptaan Allah .
Syurga menanti mu .

*adik , jangan takut cicak . ko tu lelaki . naik roller coaster pon takut ape kes ? haha. nk naik kapal terbang pon kau nk seram ? bukan lelaki la bro . haha. x layak ade awek cmtu.

16 May 2012

Model

sedang orang lain sibuk berposing di depan kamera ,
di suruh posing sana sini
senyum nampak gigi
gambar di post sana sini
portfolio katanya 
aku mulai berfikir
ohh sangat tidak layak aku menjadi cantik seperti kamu
kerana aku mahu cantik di matanya Dia

26 March 2012

nukilan tulisan dan bisikan isi hati

setiap manusia memerlukan sokongan untuk terus hidup di muka bumi ini..
sokongan suami kepada isteri begitu juga sebaliknya.
sokongan keluarga kepada individu
sama juga seperti aku.
memerlukan sokongan  daripada ibu bapa dan kawan-kawan.
sokongan kekasih?
aku tidak terlalu mengharapkannya.
takut diri sendiri yang merana.
terlalu berhati-hati soal hati.
andai satu hari nanti kita berada di tempat yang paling tinggi,
jangan lupa orang yang di bawah.
sebab orang yang sama-sama di bawah pada dulunya yang membantu kita untuk berada di atas
apa yang hendak dibanggakan sedangkan semuanya milik Tuhan?
jangan pernah mengungkit
jangan pernah melatah
jangan pernah salahkan sesiapa
sebab masalah yang datang adalah punca dari kita.
diri kita sendiri
nilai diri sendiri sebelum menilai orang lain
betulkan diri sendiri sebelum betulkan orang lain
Tuhan tidak pernah ingkar janji-janjinya
Tuhan tidak pernah berat sebelah
Andai satu hari nanti masalah menimpa,
jangan salahkan sesiapa
mungkin Tuhan ingin menguji kekuatan hati ,keteguhan iman
sampai satu tahap anda akan mengerti tentang makna kehidupan dan kuasa Tuhan yang Maha Esa.
tadah tangan. minta kepada yang Mencipta.

15 March 2012

favourite


black and white portrait is my obsession. one day i will make it (collection) as many as i can. hihi :p 


this is an example of mine.


curi daripada mausu *Daynie Kusairry*


29 February 2012

Allah care

Kaki 'Urwah bin Zubair dipotong dan pada masa yang sama anaknya meninggal dunia.

Katanya:

"Ya Allah, segala puji bagi Engkau. Jika hari ini Engkau mengambil, maka sebenarnya dulu Engkau telah memberi, jika Engkau mendatangkan cubaan, maka sesungguhnya dulu Engkau telah memberikan keselamatan. Engkau telah kurniakan empat anggota tubuh kepadaku (kaki dan tangan), namun Engkau hanya mencabut satu dariku, Engkau kurniakan padaKu empat orang anak dan Engkau hanya mengambil seorang diantaranya”.

*Sesungguhnya aku sayang orang disekelilingku Lillahi Ta'la. Percayalah...

9 February 2012

Langit Biru

ku lihat kau dari jauh 
termenung 
ku cuba hampirimu
yang sedang kebingungan
apa yang mengganggu fikiran?
seperti tiada nokhtah jawapan
lalu ku hulurkan tangan
ikuti langkahku menari
hilangkanlah resah dihati
bangun dan teruslah menyanyi
bangkitlah sedar dari mimpi
lantas jauh kau ku bawa
lenyap dari rasa kecewa
ku lihat kau tersenyum
sedar jelasnya manusia
hidup ada naik dan turun
tapi kau harus terus bangun
disinilah waktu terhenti
yang berlalu biarkan pergi
kini kau tak sendiri lagi
ku dan dirimu
kau dan aku
ke langit biru
bersamamu
kan bersama
berdua
ke akhirnya
  

4 February 2012

doa dan harapan .

Assalamualaikum . 
ehem ehem .
saje nk buat entry baru . sbb memang x berminat sangat nk update blog . hikhik :)
urmm doa dan harapan saye .. ape ek? ha !
Bismillahirrahmanirahim, Ya Rabb yang Maha Mendengar,
kurniakan hamba jodoh yang soleh yang dapat membimbingku ke jalan-Mu. Kurniakan hamba seorang jejaka yang PENYABAR kerana hambamu ini banyak cacat celanya. 


``Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku,di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang da'if ini,janganlah Engkau biarkan aku sendirian didunia ini maupun di akhirat....
Menjuruskan hamba kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka karuniakanlah hamba seorang pasangan yang beriman..
Agar hamba dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,kejalan yang Engkau redhai...

Dan karuniakanlah pada hamba keturunan yang soleh dan solehah...

``Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat ...
dan peliharahlah kami dari azab api neraka...

Aamiin...Aamiin...Aamiin Ya Rabbal'Allamiin...

28 January 2012

one day

we live just once. at the end of my time i want to die with my forehead on the ground. Allah SWT on my mind :')

3 January 2012

Jangan Bersedih sebab segalanya akan berakhir

Kekuasaan yang mereka miliki
 
 telah terkubur oleh tanah
 
Sementara kepala dengan mahkota keagungan
 
kini tinggal tulang belaka.
Manusia lalai akan dunia yang fana dunia yang sementara sedangkan dirinya tidak akan kekal selama-lamanya kerana mereka lupa akan saat yang telah pasti mengakhiri hidupnya.

sumber: La Tahzan