16 September 2012

Pesanan.

Aku ingin berkata sesuatu kepadamu.
Hormatilah ibumu selagi mana dia masih berpijak di bumi ini.
Sayangilah dia kerana dia yang telah melahirkanmu dan menjagamu.
Ingatlah pesanan nya selagi mana tidak bertentang dengan syarak.
Ikutlah suruhannya kerana kau wajib melakukan itu.
Kalau ibumu tidak suka,
Tinggalkanlah diriku untuk dia kerana aku sangat merelakan.
Apalah erti cinta jika kau tidak mengikuti suruhan ibummu.
Aku rela.
Tinggalkan aku.
Kalau ibumu tidak suka kepadaku, pilihlah ikut kehendak ibumu. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment